200116412-001Takaful berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘saling menjamin’ atau joint guarantee. Ia boleh diandaikan sebagai satu perjanjian antara sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang ditimpa kerugian tertentu.

Takaful yang dikenali sekarang beroperasi sebagai satu jenis perniagaan (tijari), dan ia berlandaskan prinsip Syariah, iaitu tiada unsur-unsur seperti berikut di dalam kontrak dan pengendalian takaful itu:-
a. Riba
b. Maisir (Perjudian)
c. Gharar (Ketidakpastian)

Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menderma sebahagian daripada caruman mereka untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan/kerugian tertentu. Ini dikenali di dalam bahasa arab sebagai tabarru’ bermaksud derma. Dalam konsep ini ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, saling menjamin sesama mereka.

Kesimpulannya, takaful merupakan satu konsep perkongsian tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama melalui sumbangan (derma) yang berasaskan Tabarru’ yang mana akan digunakan pada masa diperlukan.

Leave a comment